Tuesday, July 5, 2011
PERHIMPUNAN BERSIH BATAL?
Isunya bukan sebab hak, tuntutan dan menentang penzaliman dan salahguna kuasa. Ia adalah sejauh mana undang-undang negara ditegakkan.
Kalau sekarang ia dibuat dengan membelakangkan undang-undang negara, apa jaminannya orang lain tidak melakukan perkara yang sama.
8 tuntutan tu nampaknya taklah memberi justifikasi kuat perhimpunan perarakan ini dilakukan. Mudaratnya lebih besar dari manfaatnya. Lebih berkesan tuntutan ini dibawa dan bantu SPR untuk selesaikannya.
Satu lagi, memang dah lumrah hidup. Tuntut 8 takkan lah mesti semua dipenuhi serentak dan selesai pada waktu yang singkat. Bukan tak ada penjelasan.
Yang sokong perhimpunan ini, baik untuk bersih baik untuk tentang bersih. Tak payahlah. Tak payahlah naikkan dan hasut rakyat untuk bangkit. Sokong bawa rebah. Tanda dan bukti ada di mana-mana. Hanya perlu buka mata, hati dan akal.
Sokong? Saya tak sokong. Saya benci dengan penghasut yang ingin sangat dan suka lihat ketidaktenteraman, kucar kacir dan mencabar kedaulatan undang-undang negara.
Saturday, March 5, 2011
Merlimau dan Kerdau
Semua yang terbaik bagi Merlimau dan Kerdau.
Selamat maju jaya pengundi Merlimau dan Kerdau.
Tahniah kepada bakal pemenang yang akan digelar Yang Berhormat.
Terima kasih kepada semua penaja calon-calon Y.B.
Saturday, January 29, 2011
Selamat Mengundi Orang Tenang
Orang Tenang dah penat kut dengar kempen sana sini. Esok datang mengundilah.. tak kira apa cuaca lah. Asal tidak membahayakan nyawa, datanglah.
Lepas ni Merlimau pula..
Selamat Mengundi, selamat berkempen semula selepas tu....
P/S.. tak tahulah bila masa nak buat kerja menjaga negara, sepanjang tahun duk kemaruk pilihanraya kecil.. Kena buat sesuatulah SPR!!! habis duit rakyat untuk hal ni saja...
Wednesday, June 2, 2010
Anak Kecil Main Api
Apapun disertakan lagu ini untuk tatapan. Biarlah masing-masing membuat kesimpulan dan keputusan. Yang pasti, kesimpulan dan keputusan itu akan menentukan ke mana, di mana dan bagaimana penduduk negara ini pada tahun 2020 nanti dan seterusnya.
Tuesday, May 18, 2010
Lesen Judi Piala Dunia
1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Walk the talk, please.
Selepas PRU lalu.. dasarnya ialah bukan lagi Government knows best tetapi People knows best. Nampaknya dah lupa dah...
Banyak suara rakyat yang menentang. Terutama umat Islam negara ini. Dengarlah suara mereka dan jadikanlah negara ini Negara Makmur yang dinaungi Tuhan.
Baca sini dan sini.
Tuesday, November 17, 2009
Lagi Pilihanraya
Pengundi Kota Siputeh akan membuang undi sekali lagi. Beginilah susahnya mencari pemimpin. Sudah diberikan amanah memimpin gagal pula menjalankannya. Kalau yang mahu menjalankannya pula, atas dasar prinsip pula, mahu meletak jawatan dan mencabar sesiapa sahaja untuk melawannya dalam pilihanraya kecil baru. Sedap mulut saja cakan macam tu.
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Slogan keramat. Hanya pemimpin dan wakil rakyat sahaja yang selalu lupa dan buat-buat tak faham dan tak nak terima slogan keramat ini.
Wednesday, July 8, 2009
Khabarnya di Surat Khabar...
My Comment:Berita Harian: Keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan hari ini mendapat reaksi positif pelbagai pihak.
Cendekiawan, ahli politik, ahli akademik, pendidik malah pelajar sendiri menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang realistik ke arah memperkukuh kedudukan Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama mendaulatkan bahasa Melayu.
Dr Chandra Muzaffar, Profesor Kursi Nordin Sopiee Pengajian Global Universiti Sains Malaysia berkata apa yang perlu dilakukan sekarang ialah meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris mulai dari peringkat sekolah rendah sehingga ke menara gading dalam usaha melahirkan generasi Malaysia yang fasih dalam kedua-dua bahasa itu.
Sah ajar sains dan ilmu hisab tukar ke bahasa melayu. Kayalah aku.. banyak kontrak boleh dapat ni. Kursus.. buku teks.. alat mengajar.. hahaha.. Si Luncai terjun dengan labunya... Biarkan... Biarkan.
****************
KISAH SEORANG YB
Berita Harian: SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi Kota Alam Shah, M Manoharan hari ini muncul buat pertama kali pada persidangan Dewan negeri selepas dibebaskan daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mei lalu berkata, beliau gembira dan teruja untuk memainkan peranan sebagai wakil rakyat.
Bagaimanapun, beliau kurang senang melihat rakannya yang juga Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) memakai songkok ketika menjalankan tugasnya pada persidangan itu. "Saya tengok Tuan Speaker (Teng Chang Khim) memakai songkok. Saya tidak bersetuju... kita berjuang atas prinsip bahawa kita tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera," katanya di luar daripada hari pertama persidangan dewan di sini hari ini.
Eloklah. Joloklah sarang tebuan. Manoharan! tukar status agama lah.. masuk Islam.. tinggalkan tuhan banyak kepala tu.. marahkan? macam tulah marah aku.
Friday, May 8, 2009
Maka berdosalah mereka dan kita....
Tak kiralah siapa pemerintah pada ketika ini, BN atau PR, tak kiralah siapa speaker DUN, gelagat yang ditunjukkan amat memualkan bagi diri saya. Itu belum lagi meihat gelagat penyokong masing-masing.
Itu baru Perak. Saya dapat bayangkan dan dapat jangkakan apa berlaku jika rakyat benar-benar membahagikan 2 sokongan yang sama rata nanti. Negara ini pasti akan jadi seperti Perak. Penyokong pula akan jadi seperti di Thailand, satu pakai baju kuning satu lagi pakai baju merah. Pantang ada isu, berarak.
Amat klise sebenarnya bila kita berkata mengenai kesatuan, perpaduan. Itulah yang saya nampak di Perak. Macam mana nak bersatu dan berpadu kalau semua dah jadi hebat dan handal dengan peraturan dan undang-undang. Maka apabila undang-undang gagal untuk meleraikannya,sudah pasti masing-masing akan menggunakan pertimbangan sendiri. Peristiwa 7hb menyebabkan kerugian besar kepada rakyat marhaen. Apalah yang orang Perak dapat dengan perbalahan ini?
Maka banyaklah dosa kita. Dosa amanah yang gagal dijalankan, dosa berpecah belah, dosa kerana menyakitkan hati manusia, dosa kerana berlaku zalim, dosa kerana memaki hamun, dosa kerana melaga-lagakan satu sama lain, dosa kerana seronok dengan keadaan yang ada, maka bolehlah mengambil apa-apa kesempatan untuk diri sendiri,
Semua yang berlaku ini hanya akan dijadikan alasan untuk golongan politik ini melepaskan tanggungjawabnya yang sebenar, iaitu berkhidmat untuk rakyat.
YB-YB !! berkhidmatlah untuk rakyat. Bukannya sebok dengan hal teknikal dan undang-undang pasal siapa speaker, siapa yang boleh masuk dewan dan siapa yang berkuasa. Tak kenyang rakyat dengan isu undang-undang ni. Jika rakyat tak merasa sejahtera, susah, dan keloh kesah, masih ada PRU lagi. Pandailah rakyat nak menentukan. Buat masa ini, bantulah rakyat yang hilang kerja, yang ditimpa musibah, yang sedang dalam kesusahan dan kemiskinan, yang diulit kejahilan dan yang memerlukan.
Saya faham juga, macam mana nak bantu kalau tak ada kuasa. Kelemahan bukan alasannya. Banyak cara lain lagi. "tak boleh berdiri, duduk. Tak boleh berlari, berjalan. Tak boleh berjalan, merangkak".
Mungkin patut juga virus A-H1N1 ada kat Malaysia sekarang ini. Mungkin taklah akan gaduh-gaduh lagi macam sekarang ni.
Nah.... Terlebih sudah...
Na'uzu billah.
Tuesday, April 14, 2009
Antara tanggungjawab dan takut
Sidang DUN Terengganu bermula jam 9.30 pagi adi menyaksikan lebih 10 kerusi Adun BN kosong, dipercayai ada kaitan dengan SMS ugutan bunuh.
Adun Terengganu akan boikot sidang DUN selagi tiada jaminan keselamatan berikutan SMS ugutan bunuh yang diterima mereka malam tadi.
MB Terengganu akan dipanggil berjumpa PM dan TPM bagi jelaskan isu sebenar 10 Adun yang boikot sidang DUN hari ini: Muhyidin
SUSK Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Wan Muda buat laporan polis nafi sebar SMS ugutan bunuh kepada tiga Adun BN
Najib arah ADUN BN yang boikot sidang DUN Terengganu supaya menghadiri persidangan kerana SMS ugutan yang mereka terima tidak sah
******
Apa dah jadi YB. Takut sangat dengan ugutan SMS tu. Mungkin ini dah melambangkan kehebatan manusia yang dipilih mewakili masyarakatnya yang digelar Yang Berhormat.
Malu juga lah saya. Perjuangan apa namanya baru terima ugutan SMS dah menceceh semua tinggal di bilik hotel dan tak hadir dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Patutnya lagi besar tribulasinya lebih kuat seorang pejuang itu. Paling teruk dari itu, semuanya manusia yang beragama Islam. Isy..Isy.. malunya... Tak ada semangat jihad dan perasaan nak mati syahid langsung mereka ni. Malaysia ni mungkin banyak sangat pengganas kut sehingga kes macam ni pun dah tunggang langgang menyelamatkan diri.
Saya sebenarnya paling anti melihat YB Karpal Singh. Tapi dalam kes ini saya kena tabik spring dengan Tok Karpal. Saya yakin hebat lagi cobaan yang dihadapinya. Tak ada apapun yang berlaku. Bukan setakat SMS, siap kena bagi peluru hidup lagi. Hidup lagi Yang Berhormat ni. Siap lagi dengan aksi hebat beliau di Parlimen. Singh is King.
Bagi 10 orang YB ni pula, mungkin kena nyanyi lagu 10 budak hitam.
10 budak hitam
Jalan tepi kolam
Satu jatuh kolam
tinggallah sembilan. (ulang 10 kali dengan pengiraan turun kira)
Jadi, mungkin benar juga kebimbangan Muhyidin yang bimbang isu ini akan menjejaskan pemerintahan BN di Terengganu.
Baik-baiklah ya.. 3 tahun lagi ni.
Monday, April 13, 2009
Beginilah nasib dirinya yang malang..
Rayuan telah dibuat. Rayuan ke Mahkamah Rayuan. Tak jalan juga, rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Tak jalan juga, see you in Padang Mahsyar.
Bagi manusia yang hakikat tugas kerjanya mengikut perintah dan arahan, mungkin inilah nasibnya.
Perlu demonstrasi, berarak di jalanan? Tak perlu.
Bak kata Tok Samad Janggut.. Tunjukkanlah protes anda di kertas undi nanti.
mmmm... 3 tahun lagi tu tok.
Status Quo
Sekarang masa untuk bekerja menyelesaikan masalah rakyat. Yang dah janji tu, tunaikanlah janji-janji manis yang ditaburkan. Nak berjasa dan menabur bakti, berjasalah dan berbaktilah.
Pinjam kata Tok Hisyam.. tak payahlah nak jadi petualang. Pinjam kata Tok Guru Nik Aziz..jangan buat perkara yang 'memalukan'.
Saya pernah sebut sebelum ini, mungkin orag yang paling tidak boleh dipercayai ialah orang politik.
Wallahu A'lam.
************************
Saya doakan negara Malaysia tak jadi macam Thailand. Saya doakan juga negara Malaysia jadi negara Islam. Negara adil dan di bawah naungan Ilahi.
Saya doakan juga umat Islam dapat bersatu. Tidak berpecah belah. Mudah-mudahan tidak berlaku seperti percakaran di Palastin. Tidak juga berlaku seperti di Afghanistan. Tidak juga berlaku seperti di Pakistan. Apa lagi tidak berlaku seperti di Thailand.
Jaminkah negara ini tidak akan berlaku seperti negara-negara berkenaan. Jaminan siapa perlu saya dapatkan?
Saturday, February 7, 2009
Apa dah jadi ni.
Kepimpinan adalah proses mempengaruhi orang untuk mencapai apa sahaja keinginan seseorang atau sesuatu kumpulan.
Maka fikirlah apa yang dok berlaku kat Perak tu. Marah? Suka? Pemimpin politik lah orang yang paling susah dipercayai, tapi paling ramai pengikutnya.
*******
Lompat si katak lompat
Lompat lah tinggi-tinggi
Cepatlah Adun lompat
Cepat lompat pindah parti
Lompat si katak lompat
Lompat lah tinggi-tinggi
Adun melompat-lompat
Semua rakyat susah hati
Lompat si katak lompat
Lompat lah tinggi-tinggi
Adun terlompat-lompat
Ada parti gerigitan hati
Lompat si katak lompat
Lompat lah tinggi-tinggi
Ahli politik yang pandai melompat
Elok masuk lumba lari
Lompat si katak lompat
Lompat lah tinggi-tinggi
Kalau Adun dah pandai melompat
Susah lah negeri nak maju nanti
Lompat si katak lompat
Lompat lah tinggi-tinggi
Nak melompat biarlah bertempat
Rakyat jangan jadi galang ganti
Lompat si katak lompat
Lompat lah tinggi-tinggi
Bila dah melompat-lompat
Title katak dibawa mati
Oink. Oink
Bila jadi katak, itu makanan ular. Rakyat jadi ular, katak kena kejar ular. Ngap. Sedapnya.