Sunday, December 4, 2016

MENGAPA BERTAJWID SEMASA MEMBACA ALQURAN

Baru-baru ini saya menerima soalan 'LUAR KOTAK' :

Ustaz, apa lagi kepentingan bacaan Al-Quran bertajwid
selain pahala & berkat?'

MasyaAllah. Ini soalan sukar yang ditunggu-tunggu.
Akhirnya ada juga yang memikirkan kepentingan tajwid
Al-Quran secara serius.

Saya jawab,'Tuhan ni banyak mendidik kita directly
& indirectly, dan ketika membaca Al-Quran, Dia sedang
menanamkan beberapa karakter baik indirectly.

Ini apa yang saya alami, pengajaran yang Tuhan kongsi
ketika kita membaca Al-Quran dengan tajwid yang teratur :

1 - Tuhan sedang mendidik karakter 'teliti'. Apabila kita
baca Quran bertajwid, kita akan fokus hingga ke detail terkecil.
Kita akan lebih teliti & accurate. Nak sebut huruf Kho pun
kita beriya masukkan hingga pangkal tekak. Mad 6 harkat kita
sukat dengan tepat agar tak jadi 7 harkat. Kan ini karakter
'precise & detail'? Bayangkan jika karakter ini kita bawa
dalam hidup. Mesti ramai yang sukakan hasil kerja kita kan?

2 - Kita sedang berlatih karakter 'calm personality'. Orang
yang baca dengan tajwid teratur akan sentiasa menjaga nafasnya.
Dia akan tarik nafas dalam-dalam & hembuskan perlahan2 ketika
membaca. Dia juga akan ada masa utk tadabbur setiap ayat apabila
bacaannya dialunkan satu-persatu. Orang sebegini hidupnya pasti
teratur, tersusun dan tidak 'hire-wire', sebab dia berlatih
karakter tersebut setiap hari ketika membaca Al-Quran.

3 - Kita sedang meningkatkan tahap 'alert personality'.
Bukankah ketika membaca Al-Quran kita akan sering bertemu
hukum tajwid yang berbeza-beza dan ia bertukar secara tiba-tiba?
Elok kita baca mad tiba2 depannya ikhfa! Terus fikiran kita alert
- tu kena dengung 2 harkat tu dan masuknya separuh sahaja (ikhfa)
bukan semua (idgham). Sikap ini penting sebab orang yg sentiasa
'sedar-alert', pasti hidupnya diuruskan dengan lebih cekap. Semua
to-do-listnya disiapkan pada masa ditetapkan. Tiada yang terlepas
pandang atau KIV. Everything 'done' menjelang malam. Dan ia bermula
dgn sikapnya ketika membaca Al-Quran.

Sebenarnya banyak lagi. Tapi 3 sikap itu pun dah bagus untuk kita.
Baca Quran bukan setakat kejar pahala sahaja. Darinya kita sedar,
bila 'dealing' dengan Allah, tiada yang sia-sia. Thats why org yg
kuat berdamping dengan Tuhan, hidupnya luarbiasa.

Bayangkan karakter ini terbina baik dlm diri anda & juga anak
disayangi. Bayangkan ini manfaat yang anak anda 'serap' setiap
kali ia membaca Al-Quran.

Tidakkah hati ibu-bapanya berbunga-bunga?

cutnpaste

No comments: