Sunday, November 2, 2014

Anwar Ibrahim

Dulu memang saya sanjung manusia bernama Anwar Ibrahim ini. Sekarang? Saya ambil sikap berkecuali. Sokong Tidak. Menentang tidak.

Saya serahkan kepada Allah Taala. Yang lebih mengetahui. Allah tahu yang zahir dan yang batin. Yang jelas dan yang tersembunyi.

Lebih dari itu adalah hal dan urusan politik. Hal dunia. Sama seperti hal sayyidina Ali dan Muawiyah. Mahkamah dunia berilah apapun keputusannya. Kerana akhirnya manusia akan menentukan jalan hujungnya. Rakyat Malaysia akan tentukan jalan seterusnya. Mahu terus bergerak ke depan. Mahu maju. Ataupun sentiasa asyik dengan permainan politik dan percaturan manusia.

Percaturan Allah lebih hebat. Maka janganlah bersedih.

Bak kata seorang sahabat. Ini dunia sahaja.

No comments: