Sudah tentu bulan puasa penuh dengan rahmat, keampunan dan kemenangan. Semua tahu kemenangan umat Islam dahulu ada berlaku di bulan ramadan yang penuh barakah ini.
Hanya arahan puasa ini arahan khusus Allah kepada manusia hambanya yang beriman kepadaNya. Sudah tentu matlamat utamanya ialah semoga hambanya bertaqwa.
Namun umat Islam lupa dengan tujuan fardu puasa ini. Sebagai individu mereka tidak lupa. Tetapi sebagai suatu umat, umat Islam bertindak pelik. Tidak ada taqwa ditunjukkan.
Entah apa rasukan yang masuk dalam hati nurani umat Islam ini. Membunuh saudara nya sendiri atas nama agama suci ini.
Ya Allah! 100,000 hambamu terkorban lebih 1 tahun yang lalu. Tanah Syria jadi saksi. Merah bermandi darah. Bukalah hati mereka menerima insan lain seadanya. Apa lagi insan yang ada kalimah 'la ilaha illa Allah' di dada mereka.
Bukankah itu arahan Allah. Termaktub dalam Quran. Kitab rujukan utamanya. Tinggalkan ajaran Quran bermakna syaitan menjadi temannya.
Maka walau banyak manapun rahmat dan barakah dalam ramadan, umat Islam tidak dapat menikmatinya. Kerana ajaran Quran ditinggalkan. Kerana tindakan pelik umat Islam yang suka permusuhan dan tidak mahabbah. Lebih rela membunuh saudaranya daripada mengikat ukhuwah.
Maka benar keluhan rasulullah, sesungguhnya umatku telah membelakangkan ku dengan meninggalkan Quran.
No comments:
Post a Comment