Karim Raslan (@KarimRaslan) tweeted at 9:44 AM on Mon, Feb 18, 2013: Ceritalah (English) Today, Monday, 18 February 2013 Gangnam style and the Malaysian graduate http://t.co/pYMqYIm1 (https://twitter.com/KarimRaslan/status/303319079090016256) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download
Monday, February 18, 2013
Sunday, January 27, 2013
MACAU DAN HONGKONG. APA YANG ADA?
Tak lah ada apa sangat yang boleh bantu kita di SANA nanti.
Kehebatannya adalah kehebatan manusia sahaja.
Macau kota perjudian. Hong Kong pula adalah hutan batu dan konkrit.
Sekurang-kurang orangnya sibuk dengan hal dunia masing-masing, cari rezeki dan menyumbang.
Awak ada?
Friday, October 26, 2012
Salam Korban 1433
Monday, October 8, 2012
Filipina, MILF setuju akhiri keganasan
ALHAMDULILLAH
|
| Leonen (dua dari kiri) bersama Malaya (dua dari kanan) pada sidang media di Kedutaan Filipina, semalam. - Foto Yazit Razali
Usaha Malaysia jadi orang tengah bawa keamanan di Mindanao berjaya
Kuala Lumpur: Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai keputusan bersejarah, kelmarin untuk mengakhiri pertumpahan darah dan mewujudkan wilayah Bangsamoro di kawasan separuh autonomi di Mindanao. Rangka Kerja Perjanjian mengenai wilayah Bangsamoro yang ditandatangani wakil Kerajaan Filipina dan pemimpin MILF di ibu negara itu, membuka jalan kepada perjanjian damai yang bakal dimeterai pada 15 Oktober ini di Manila.
Realisasi perjanjian bersejarah
“Saya amat gembira kerana menerusi perjanjian bersejarah ini, hak, maruah dan kemakmuran masa depan penduduk Bangsamoro akan dilindungi manakala pada masa sama, kedaulatan dan perlembagaan Filipina tetap terpelihara,” Benigno S Aquino, Presiden FilipinaInisiatif Malaysia khususnya Datuk Seri Najib Razak untuk merealisasikan perjanjian bersejarah itu diumumkan serentak oleh Presiden Filipina, Benigno S Aquino di Manila dan wakil Kerajaan Filipina, Marvic Leonen pada sidang media di sini. Leonen menandatangani bagi pihak kerajaan Filipina manakala Mohagher Iqbal untuk MILF di hadapan fasilitator Malaysia, Datuk Tengku Ab Ghafar Tengku Mohammed. Mengulas kejayaan bersejarah itu, Perdana Menteri berkata, kedua-dua pihak menunjukkan hasrat mereka untuk menamatkan keganasan yang berlaku selama berdekad dan memuji usaha mereka mencapai persetujuan meskipun berbeza pendapat. “Pujian patut diberikan kepada Presiden Benigno Aquino kerana komitmen beliau yang tidak berbelah-bahagi untuk mewujudkan keamanan di Filipina. “Saya amat gembira kerana menerusi perjanjian bersejarah ini, hak, maruah dan kemakmuran masa depan penduduk Bangsamoro akan dilindungi manakala pada masa sama, kedaulatan dan perlembagaan Filipina tetap terpelihara,” katanya dalam kenyataan, semalam. Pegang teguh komitmen Najib berkata, penting bagi semua pihak berpegang teguh dengan komitmen mereka dan berusaha ke arah era baru yang aman di Filipina selain memastikan Bangsamoro menikmati keamanan yang sememangnya menjadi hak mereka. Perdana Menteri berkata, beliau berbesar hati Malaysia dapat membantu memudahkan rundingan itu sejak 2001 dan meneraju Pasukan Pemantau Antarabangsa sejak 2004. Najib berkata, beliau akan terus bekerja rapat dengan Presiden Aquino bagi melaksanakan rangka perjanjian itu. “Sebagai menghormati janji kepada Presiden, saya tidak sabar untuk berkunjung ke Manila bagi menyaksikan sendiri majlis menandatangani perjanjian bersejarah ini,” katanya. Sementara itu di Manila, Aquino berkata, pelan perdamaian awal dengan MILF adalah pencapaian terbesar rundingan selepas pemberontakan berterusan lebih sedekad. Aquino mengumumkan secara langsung melalui televisyen pelan mewujudkan wilayah baru ditadbir puak minoriti Islam selepas rundingan diadakan di Malaysia antara perunding kerajaan dan wakil MILF. “Rangka kerja perjanjian akan membawa kepada keamanan yang muktamad dan berkekalan untuk Mindanao. “Ini bermakna tangan yang memegang senapang sebelum ini akan digunakan untuk membajak, menjual hasil, mengurus tempat kerja dan memberi peluang kepada semua,” katanya. Duta Filipina ke Malaysia, J Eduardo Malaya turut mengucapkan terima kasih kepada Najib di atas kerjasama diberikan kerajaan Malaysia selama ini. Harapan baru buat rakyat Filipina Beliau turut menganggap perjanjian yang akan dicapai kelak sebagai harapan baru buat rakyat Filipina termasuk bagi umat Islam, Lumad dan Kristian. “Kami berterima kasih kepada Najib dan wakil fasilitator rundingan damai dan masyarakat antarabangsa yang terus berusaha dengan sabar bersama Aquino dan panel perundingan bagi memastikan memperoleh keamanan dikehendaki,” katanya. Naib Pengerusi MILF bagi Hal Ehwal Politik, Ghazali Jaafar pula dilaporkan AP/AFP berkata, MILF gembira dengan persetujuan itu dan mengucapkan terima kasih kepada presiden atas pencapaian berkenaan. Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melahirkan rasa gembira kerana kerajaan Filipina dan MILF akhirnya bersetuju untuk menandatangani rangka kerja perjanjian damai. “Saya amat gembira kerana akhirnya usaha Malaysia menjadi orang tengah dalam rundingan antara kerajaan Filipina dan MILF menemui jalan penyelesaian dan mereka sanggup berdamai,” katanya. |
Wednesday, October 3, 2012
Family Outing
| Main tepung guna muka... |
| Apa tengok-tengok |
| Pandai ba IIN main chess... hahaha |
| SMK TOBOBON.. sekolahnya tinggi... |
| AAN...mau bikin kek lapis... |
| Encem bah AAN... |
| Kami dapat nombor 3 keseluruhan.. dapat hamper... naaaa.... |
Monday, September 17, 2012
Friday, September 14, 2012
Mereka tidak akan redha...
Berita harian pada hari ini ada melaporkan seperti berikut:
"Morsi kecam filem hina Islam Brussels: Presiden Mesir, Mohammed Morsi, mengutuk serangan di konsulat Amerika Syarikat di Libya yang membunuh duta Amerika dan berjanji akan melindungi kedutaan asing di Kaherah, yang menyaksikan polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di misi Amerika.
Pada masa sama, Morsi juga lantang mengecam penghasilan filem menghina Islam dan Nabi Muhammad yang mula mendapat perhatian di Mesir selepas sedutan filem itu dialih bahasa ke bahasa Arab dan disiarkan di laman YouTube.
Filem yang dihasilkan di Amerika Syarikat bertajuk Innoncence of Muslims itu menimbulkan kemarahan umat Islam dan menyebabkan misi Amerika diserang di tiga negara Arab iaitu Yaman, Mesir dan Libya.
Bercakap ketika melawat Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Morsi berkata beliau bercakap dengan Presiden Barack Obama dan mengutuk serangan Selasa lalu ke atas konsulat Amerika di Benghazi yang menyebabkan duta dan tiga lagi warga Amerika terbunuh.
"Kami juga mengecam keras semua yang memulakan provokasi itu dan mereka yang mendalangi kebencian itu. Pada masa sama kami berasa ia tidak mewajarkan serangan ke atas kedutaan atau konsulat.
"Mesir bertanggungjawab melindungi kedutaan dan konsulat dan rakyat Mesir tidak akan terbabit dalam tindakan menyalahi undang-undang itu," katanya sambil menambah beliau meminta Obama menghentikan tindak tanduk menyemarakkan kebencian seumpama itu. AP"
Apa yang hendak dikatakan. Umat Islam mengetahui ini dari dahulu lagi. Bahkan ada diterangkan di dalam alQuran:
Surah 2.120
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut ugama mereka. Katakanlah "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu"
Surah 5:82
"Demi sesungguhnya engkau (Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yangberiman ialah orang-orang yang berkata "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong"
Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Allah akan berikan balasannya kepada mereka. Itu pasti.