Tuesday, December 30, 2008

KEZALIMAN DAN KEDURJANAAN YAHUDI LAKNATULLAH

Inilah perasaan saya ketika ini. Marah. Sedih. Menangis. Sakit. Geram.

Tapi apalah saja perasaan itu. Marah saya tak akan sama dengan marah saudara saya di Palestin. Sedih saya tak akan sama dengan sedih mereka di Gaza sana. Menangis saya tak akan sama dengan menangis keluarga yang kehilangan saudara sedarah mereka. Sakit saya tak akan sama dengan sakit mereka yang menerima hidangan peluru dan bom daripada musuh Yahudi laknatullah. Geram saya pasti juga tak akan sama dengan geram rakyat Palestin melihat kesombongan jiran berkepala binatang itu.

Inilah perasaan saya ketika ini. Wahai Yahudi yang dilaknat Allah. Wahai Nasrani yang bersekutu dengan umat yang dilaknat Allah. Bunuhlah semua umat Islam yang ada di Palestin. Bunuhlah mereka. Kekejaman itu pastinya syurga buat mangsa kamu yang bergelar umat Islam Palestin. Tembaklah mereka. Darah mereka pasti menjadi bukti syahidnya mereka. Nyawa-nyawa yang melayang itu pasti akan Allah jadikan tetamunya yang paling dimuliakannya di syurga nanti.

Alahai warga Palestin, saudara mu ini hanya dapat melihat dan menjerit sahaja terhadap kekejaman yang dilakukan oleh bangsa yang paling hina di dunia ini. Janganlah bersedih. Lemah tidak bererti kita kalah. Hina kita di dunia tidak bererti hina juga kita di akhirat. Berjuanglah demi nama Allah, RasulNya dan umatnya. Walaupun sendiri. Nikmat Syurga telah sedia menunggu.

Apalah sahaja dengan saudara mu ini. Senang di dunia ini tak semestinya senang di akhirat nanti. Selesa beribadah tak semestinya selesa juga menuai hasilnya di akhirat nanti. Rezeki yang melimpah luah taklah juga semestinya luas rezeki di akhirat kelak.

Inilah perasaan saudara mu. Betapa hebatnya kamu di Palestin sana.

Apa lagi Yahudi Laknatullah. Apa lagi Nasrani Amerika Laknatullah. Apa lagi musuh-musuh yang bersekutu dengan Yahudi dan Nasrani ini. Gempurlah bumi Palestin ini. Puaskanlah nafsumu. Umat Islam ini memang lemah dan hina. Tapi tidak di hadapan Allah Azzawajalla. Biar bergelimpangan shuhada fi sabilillah di bumi Palestin. Tidak mengapa.

Rakyat Palestin berjuang berjihad mengutip pahala. Dosa mereka biarlah ditanggung oleh saudara seislam mereka di seluruh pelusuk dunia.

Salahkah atau betulkah perasaan ini? Soalan ini memang tidak perlu dijawab oleh sesiapa.

Tapi, inilah perasaannya.

Monday, December 29, 2008

Tatapan Ceria

Sekadar memori manis bersama keluarga di hujung tahun. Tapi gambar ayah dan uminya mana?










Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430H

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana masih dipanjangkan umur dan diberikan nikmat yang sebanyak-banyaknya untuk bertemu dengan tahun baru ini. Azam dan niat telahpun ada. Hanya tinggal menjadikannya kenyataan, Insya Allah.

Saya ada menerima beberapa SMS daripada rakan-rakan. Terima kasih kerana mengirimkan SMS-SMS berkenaan. Ada baiknya saya nyatakan di sini untuk muhasabah bersama-sama.

Saudara Karim dari UTM: Selamat menyambut tahun baru hijrah 1430, moga hidup dan mati kita sentiasa di dalam peliharaan Allah.

Saudara Masri dari JPA: Ibn Mas'ud berkata, "Perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah..." Semoga tahun akan datang akan jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. "SELAMAT TAHUN BARU 1430H" jagan lupa doa awal dan akhir tahun.

Saudara Salim (retired) dari Papar: Salam. Diucapkan selamat tahun baru hijrah 1430. Didoakan moga dimurahkan rezeki, sihat aal, bahagia bersama keluarga tersayang dan maju jaya dalam segala perancangan hidup dunia dan akhirat. Amin.

Saudara Ahmad Mukifza dari UMS: Wishing you 12 month of SAKINAH, 52 weeks of BARAKAH, 365 days of IMAN, 8760 hours of IBADAH, 525600 minutes of QANAAH and 31536000 seconds of TAQWA. Salam ma'al hijrah 1430. Kalau dapat sama-sama kita bacakan doa akhir dan awal tahun.


Saturday, December 27, 2008

Rehlah keluarga








Alhamdulillah, akhirnya dapat juga membawa keluarga bercuti. Atau lebih tepat lagi membawa anak-anak bercuti. Dah nak hujung tahun dah pun. Cuti sekolah pun dah nak habis.




Itupun, nasib baiklah ada jemputan oleh adik saya meraikan ulang tahun 2 anaknya. Istimewanya, majlis hari jadi tu buat di 'resort', jadi kuat jugalah semangat untuk menghadirinya. Sambil menyelam, minum air. Syukurlah.




Anak-anak gembiralah sebab dapat mandi kolam. Mak bapaknya santai sahaja. Lega, ada juga aktiviti mereka waktu cuti sekolah ni. Maklumlah waktu cuti ini ada sahaja aral melintang. Semua rancangan kena ditangguhkan. Tak pa.. panjang umur, murah rezeki, ada kesempatan, insya Allah, jadi juga tu.

Friday, December 26, 2008

TSUNAMI

Sudah 4 tahun tragedi tsunami berlalu. Saya yakin bagi mereka yang mengalami secara langsung peristiwa ini, masih terasa kehebatan dan kegerunannya. Kehebatan dan kegerunan yang diturunkan oleh Allah untuk peringatan manusia seluruhnya.

Saya juga yakin, bagi mereka yang tidak mengalaminya secara langsung, mungkin tarikh 26 Disember 2004 sudah ada yang melupakan. Hanya teringat apabila ulangtahun ini diingatkan semula oleh media-media yang ada.

Bagi saya, sememangnya peristiwa tsunami ini selalu terlintas di fikiran. Apa lagi, pantai dan lautan sememangnya setiap hari ditatap. Setiap kali melihat dan mengingati peistiwa itu, memang terasa kengerian yang amat sangat. Apa lagi jika menggambarkan ia berlaku ketika ini juga. Nyawa melayang dicabut malaikat maut, dengan keadaan diri yang sikit sangat ibadah kepadaNYa.

Namun, itulah kekuasaan-Nya. Suka atau tidak, sedia atau tidak, beriman atau tidak , sampai masanya, nyawa di badan pasti akan dicabut, pasti menemui-Nya. Ketika itu, tidak berguna harta dan anak pinak, kecualilah yang menemui Allah dengan hati yang 'saleem'.

Peristiwa Tsunami ini tetap diingatan. Untuk dijadikan peringatan bagi diri yang mudah lupa ini. Diingat untuk kekal menyembah-Nya. Tidak ingin dilupakan dengan harapan tidak juga melupakan-Nya.

Wednesday, December 24, 2008

KURSUS LAGI

Selama 2 hari saya berada di Port Dickson. Bermula Ahad sehingga Selasa.

Tujuannya adalah untuk mengikuti Kursus Asas Penggubalan Undang-undang. Dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dihadiri oleh semua ahli Majlis Penasihat Undang-undang IPTA..

Ia diwajibkan dengan hasrat menyediakan semua pegawai berkaitan di IPTA pengetahuan dan kemahiran selok belok penggubalan undang-undang.

Ia relevan apabila Parlimen pada 18 Disember lalu telah meluluskan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Bagi pelajar dan ahli politik terutama pihak pembangkang, AuKU dianggap 'draconian law' dan penyebab kelesuan pelajar. Mungkin betul. Atau mungkin ia dijadikan alasan paling mudah. Dengan semua sekatan ini, pelajar tak jugak cemerlang. Tak juga ramai dapat first class.

Kali ini memang major pindaan. Banyak pindaan dibuat. Dan pindaan ini telah melalui sekurang-kurangnya 30 perjumpaan dengan pelbagai pihak dan mengambil masa 3 tahun untuk disempurnakan. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Yusof Kassim.

Kita tunggulah pindaan AUKU ini apabila ia dikuatkuasakan.

Saya pula dapatlah mengagak jadual kerja saya tahun 2009. Sudah tentu banyak penyesuaian perlu dibuat.

Itupun kalau umur panjang dan masih di bahagian yang sama.

Sunday, December 21, 2008

Naik pangkat?

Apabila dimaklumkan secara lisan isteri saya dinaikkan pangkat ke DG44, senyumnya begitu manis sekali hingga ke telinga.

Hari jumaat lepas, surat kenaikan pangkatnya diterima. Sebenarnya hanyalah pemangkuan selama 6 bulan.

Saya kata tak apalah. Kenalah kerja keras lagi kerana tempoh 6 bulan itu akan dinilai.

Sayapun waktu nak naik pangkat ada juga pemangkuan. Kalau ada rezeki, insya allah.

Profesi guru memang susah nak naik pangkat. Saya perhatikan tak ada gred 44 di sekolah isteri saya. Ada 80 orang lebih guru. Ramai yang dah lebih 10 tahun bertugas.

Tak pa lah. Ikhlaskan niat. Didik anak bangsa dengan bersungguh-sungguh. Yang lainnya, serahkan sahaja kepada Yang Maha Kuasa menentukannya.

Demi negara, demi agama, demi umat.

Jangan lah jadi, demi pangkat, demi usin, demi kesenangan.