Pertama kali saya bermalam di wad hospital ialah setelah 36 tahun dilahirkan. Lebih teruk lagi apabila kena bermalam hospital di negeri orang.
Sekarang ini saya menemani isteri saya di Hospital Umum Kuching. Kenalah ke situ kerana pakar penyakitnya itu cuma ada di dua tempat iaitu di Kuching dan Kubang Kerian.
Isteri saya didiagnos 'malignant soft tissue tumor'. Apa dia tu.. Saya harap tak lah seserius diagnosnya. Doanya pembedahan dibuat secepatnya, buang bendaalah tu dan kemudiannya balik.
Tak semudah yang direncanakan. Isteri saya terlepas prosedurnya hari ini. Prosidur biopsi dan operation pula hanya dibuat setiap khamis sahaja. Bermakna secepatnya boleh balik ialah hujung bulan 12 ni.
Jadualnya 11hb biopsi. Ujian tisu secepatnya 3-4 hari. 18hb operation. Itupun kalau hasil biopsi cepat diketahui.
Anggap saja kami berdua 'bulan madu' di sini. Anak ditinggalkan di rumah orang tua. Isteri tersedu-sedu, suami termanggu-manggu. Anak terindu-rindu.Bulan madu di wad othopedic 4B.
Doanya adalah kebaikan di dalam segala-galanya.
Thursday, December 4, 2008
Saturday, November 29, 2008
Comelnya dia
Syukur kepada Allah.. Memang saat bahagia dan gembira ipar saya (Ruzaimi dan Dewi) sebelah keluarga isteri saya ini dikongsi bersama oleh saya sekeluarga. Mereka telah selamat menerima sepasang anak kembar pada suboh Jumaat 28 November.

Kakaknya berat 2kg dan adiknya 3kg. Wah.. dua-dua anak perempuan. Memang comel-comel.
Semoga kedua-dua anak ini menjadi 'qurrata a'yun' kepada ibu dan ayahnya. Ayah dan ibunya pun kenalah juga kerja kuat jaga 3 orang anaknya sekarang. Insya Allah, menjaga dan mendidik anak ini menjadi ibadat terbesar buat kita.
Buat pak cik dan makcik nya, kenalah tambah peruntukan masa raya nanti ya.. dah 25 orang dah anak buah ni..
Friday, November 28, 2008
Kesiannya Haziq..
Kemalangan memang tidak berbau.. sekonyong-konyong ia datang tanpa diundang. Kesian Haziq.. anak buah sebelah isteri saya yang patah dan 'dislocate' tulang lengan kirinya.

Sedang seronok bermain di taman permainan, dan ketika sedang menunggu mama dan papanya pulang kerja untuk dibawa ke kolam renang petang itu, beliau terjatuh.
Dari hendak ke kolam renang, terus sahaja dibawa ke hospital. Kesian mama dan papanya. Kesian juga Haziq. Haziq... Haziq... itu la....

Thursday, November 20, 2008
Hayya bina nu'min bis sa'ah
19 November 2008, tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya membawa Sheikh Yusuf Estes dari USA datang ke bumi Sabah ini dan memberikan ceramahnya bertajuk 'Science and Common Sense - Islamic Perspective'.
Awal juga saya dan isteri saya datang ke majlis berkenaan yang pada ketika itu hanyalah petugas sukarelawan sahaja yang ada dan sedang sibuk melakukan persiapan terakhir. Penelitian saya ialah kaum hawa yang berusaha gigih di belakang tabir program wacana ilmu ini.
Apapun, kandungan dan kaedah ceramah yang diutarakan oleh 'the funny syeikh' ini amatlah menarik dan berkesan kepada para hadirin. Memulakan dengan pengertian Islam, kemudian menyentuh tentang sandiwara ahli saintis yang sememangnya sudah mempunyai pandangan tersendiri, langsung mengarahkan penyelidikannya kepada apa yang ia percaya dan terakhir kemudiannya menceritakan apakah perspectif Islam dalam memperkatakan tentang Islam.
Saya salute dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh beliau memperjuangkan agama Islam ini. Kegigihan beliau memberikan kefahaman ajaran Islam bukan sahaja kepada orang Islam, tetapi lebih penting lagi ialah kefahaman mengenai Islam kepada yang bukan Islam.
Benar nukilan bicara beliau-
i. Ramalan Rasulullah bahawa di akhir zaman, umat islam banyak seperti buih di lautan, tetapi tetap sahaja ditindas dan berada di bawah.. hanya kerana penyakit umat Islam.. yang cintakan dunia dan takutkan mati.
ii. Sebaik-baik dakwah ialah Dakwah bil Hal.. dakwah melalui tauladan..
iii. Islam itu bermaksud... a. Surrender b. Submission c. Sincere d. Obligation e. Peace
iv. Alquran yang diturunkan 1400 tahun yang lalu adalah sebesar-besar bukti menunjukkan keesaan dan kebenaran ajaran yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w.
Apapun, penerangan mengenai Islam ini banyak disemadikan di dalam beberapa laman web beliau.. http://yusufestes.com/ , http://islamtomorrow.com/. Mudah-mudahan usaha beliau ini diradhai Allah swt dan dibalasi selayaknya seperti yang dijanjikan oleh-Nya.
Hayya bina Nu'min bis sa'ah.. marilah bersama-sama kami, kita beriman walau sesaat.

Monday, November 17, 2008
Tamatnya sesi sekolah 2008
16 Disember 2008: Sekolah Agama Rakyat tempat anak perempuan saya belajar agama telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Khatam Quran. Sedar tak sedar, ia juga menandakan tamatnya sesi sekolah tahun 2008 ni dan bermulalah cuti panjang sekolah.

Alhamdulillah, tamat tahun 1, Farah anak perempuan saya akan ke tahun 2 tahun hadapannya. Pencapaiannya sederhana sahaja. Tapi ada peningkatan pada semester 2 berbanding semester 1.
Pada Majlis Penyampaian Hadiah berkenaan, Farah menyertai kumpulan nashid mempersembahkan 2 buah lagu. Saya tak pasti sama ada ibu bapa dan hadirin dapat menghayati lagu nasyid yang dipersembahkan, kerana suasana memang bising dan gawat.. maklumlah masa tu semua anak-anak yang terlibat dan berkumpul. Ustazahnya pun dah tak kuasa melarang mereka..
Saya minta Farah lirik lagu nasyid yang dinyanyikan berkenaan, dan beliau nyanyikan sementara saya menyalinnya. Saya tak tahu kumpulan asal lagu ini, namun bagus untuk renungan..
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua
Melayar samudera
Keimanan juga Ketaqwaan
Rahsia mereka
Mencapai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
tempoh di tangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
merubah mengangkat maruah
Adakah kau lupa
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Adakah kau lupa ...

Friday, November 14, 2008
Discourse On The Truth

Sukacitanya saya mempromosikan program berkenaan.
Harap sahabat-sahabat dapat menyebarluaskan program ceramah beliau. Ini adalah peluang terbaik kita mendengar pidato seorang bekas paderi terkenal.
Secara ringkasnya, Sheikh Yusuf adalah bekas Paderi Kristian berasal dari Midwest Amerika Syarikat.
Beliau mula menjadi Paderi Muzik pada 1960 dan memeluk Islam sekitar awal tahun 90an. Insya Allah beliau akan menceritakan detik-detik manis itu dalam ceramahnya nanti.
Seawal umur 12 tahun, beliau telah dibaptiskan dan usia remajanya dipenuhi dengan mengkaji pelbagai jenis mazhab Kristian dan agama-agama lain seperti Hindu, Yahudi, Budhha dan lain-lain.
Ada detik menarik yang menjadi asbab hidayah Allah turun ke hatinya. Lebih wajar kita hadir bersama-sama ke sana nanti.
Beliau banyak berdakwah ke seantaro dunia membawa misi kebenaran Islam. Kini, Allah SWT mentakdirkan beliau berada di Malaysia dan salah satu slotnya ialah menyampaikan ceramah di Sabah.
Terima kasih atas usaha awal Hj Nicholas dan sahabat-sahabat Hidayah Centre. Juga kepada USIA khususnya Datuk Hj Abdullah Hussain, CONCERN, JAKIM dan JHEAINS.
Hubungi Che’gu Jamil untuk keterangan lanjut : 013-8517282
Ramainya sakit..
2 minggu ni, saya dapati ramai rakan-rakan saya yang jatuh sakit.. Ada yang demam-demam dan ada juga yang masuk hospital.
Terbaru masuk hospital ialah saudara Mat Usop yang rupanya dah seminggu di Hospital Queen Elizabeth. Saya tak pasti apa sakitnya. Saya pun tak sempat menziarahinya. Semoga beliau sembuh seperti sediakala.
Pagi tadi.. anak saya yang bongsu pun dah demam. Sakit dan demam-demam ni pun rupa-rupanya ada musimnya.
Memang benar sabda rasulullah.. "rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.... sihat kamu sebelum datangnya sakit."
Masa sakit memang kita selalu doa untuk sihat. Entah mengapa bila sihat.. apa pula yang kita buat untuk mensyukuri kesihatan yang diberi...
"Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Subscribe to:
Posts (Atom)