Friday, November 14, 2008

Begitulah Keputusannya...

Keputusan UPSR telah dikeluarkan pada 13 November 2008. Ada anak saudara dan anak-anak kenalan saya yang telah menerima keputusan UPSR berkenaan. Tahniah saya ucapkan kepada mereka semua tak kira apa keputusannya.

Ada anak mereka yang dapat 5A.. Tahniah kepada Puan Vina Zahriani kerana kejayaan anaknya tu. Anaknya dah minta laptop yang harga RM1800. He he.... anak zaman sekarang.

Ada anak mereka yang sederhana sahaja pencapaiannya. Anak saudara sebelah isteri saya hanya dapat 2A, 2B dan 1C. Anak rakan sepajabat pula dapat 2A dan 3B. Nak buat macamana... Orang arab kata.. Man Jadda Wa Jad "Siapa berusaha dia dapat".

Saya teringat masa saya di sekolah rendah dulu.. memang kira taraf 'star' juga di sekolah. Tapi dapat 3B 2C sahaja dalam penilaian darjah 5.. terkejut dan hairan cikgu dan beliau saya.. Entah apa silapnya..

Anak-anak saya pula.. saya ada 5 tahun dan seterusnya lagi menyediakan mereka untuk 'imtihan' sebesar ini..

Mampukah ayah dan umi mereka ni?

Monday, November 10, 2008

Selamat Hari Jadi Pendaftar

10 November 2008, Jabatan Pendaftar meraikan dengan penuh kesederhanaan tetapi meriah hari ulang tahun Encik Abdullah Hj Mohd Said, Pendafar UMS yang menyambut ulangtahunnya yang ke-53.

Majlis dimulakan dengan ucapan Encik AB, disusuli dengan upacara memotong kek hari jadi beliau dan disambut dengan ucapan doa oleh saudara Abdul Jalili dan diakhiri dengan jamuan ringan yang telah diusahakan oleh saudara Gani, Mariana and the Gang.

Tahniah diucapkan kepada En AB, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Bagus juga buat majlis ni setiap bulan bagi meraikan hari ulang tahun masing-masing. Mungkin boleh sekali buat semua yang terlibat pada setiap hujung bulan.

Muhammad, setinta kenangan kelahiran

Muhammad
Sekelumit kenangan enyelusuri sirah
terbitnya sinar lembayung harapan
tatkala kesirnaan datang menghempas
jaringan generasi memapah jahiliah
Muhammad
tatkala Abrahah mengungkap angkuh
meneriak memekik mencabar keagongan
dituruni Ababil menghancur kesombongan
Mekah lahir seorang utusan
Muhammad
Lahirnya sudah seorang utusan
disambut dipapah diriba
Abu Lahab, Abu Jahal, Abu Suffian
gembiranya tak terkata
kelahiran Muhammad adalah tanda
Muhammad
lahirnya insan yang yatim
tanpa ayahanda juga bonda
maka disampingnya terpahatlah
Halimatus Saadiah, Abdul Mutalib, Abu Talib
Insan-insan mulia tarbiah terbina
Muhammad
membesarnya engkau ditengah jahili
waktu maksiat, assabiah, peperangan, penderhakaan ilahi
adalah inti
Maka itu engkau khalwat menyepi diri
tanda gelisah duka dan benci
jati amatlah dikesali
Muhammad
gua Hira menjadi saksi
di tengah ramadhan bulan yang suci
malaikat jibril datang menanti
mengajar engkau wahyu ilahi
Bacalah dengan nama tuhanmu
Tuhanmu yang menjadikan
yang menjadikan manusia dari seumpal darah
bacalah dari tuhanmu yang maha mulia
yang mengajar manusia melalui Al-Quran
Muhammad
Tiada tuhan melainkan Allah
Engkau pula Rasulullah
Engkau adalah utusan Allah
itu tema perjuangan menyelamat ummah
itu adalah paksi kekuatan
itu adalah tunjang kegemilangan
itu adalah permit keselamatan

Muhammad
kalau dulu kelahiranmu ditatang dipuja
Abi Lahab, Abu Jahal dan konco-konconya
namun kelahiranmu yang kedua
pantas mereka tempelak mengeji menindasmu
Muhammad
maka bermulalah detik cemerlang
13 tahun di Makkah
10 tahun di Madinah
Islam berkembang atas ajaranmu
atas janjimu
atas kepayahanmu
`Muhammad
Persis waktu kelahiranmu
Makkah dilanda amukan Abrahah
Kini, bila engkau mendatangani Makkah
bukan Ababil bukan batu neraka menghujani mu
namun, cahaya keimanan akdah murni menyinari kami
Allahu Akbar
11.57am
18.7.1998

Saturday, November 8, 2008

The Unsung Heroes

Dalam apa-apa perjuangan, memang akan ada yang kalah dan akanada yang menang. Orang yang berjuang untuk apa-apa tujuan, akan ada yang dikenali dan ada yang tidak dikenali dan selalu pula dilupakan dan ada juga yang ditikam semula dari belakang.

Memang itulah selalunya yang berlaku. Bagi mereka yang berjiwa ikhlas, dilupai tidaklah memberikan apa-apa kesan terhadap dirinya. Tetapi ia tidak selalunya berlaku, kerana bagi mereka yang telah dilupai ini selalunya akan bertindak balas dengan cara yang paling disangkakan.

Apabila saya melihat berita bahawa Raja Petra telah dibebaskan keluar dari ISA setelah berjaya dalam prosiding 'habeas corpus'nya, saya berfikir bagaimana pula dengan ramai lagi yang masih di dalam sana. Mungkin Raja Petra mempunyai peguam yang hebat dan beliau atau penyokongnya mampu membiayainya, namun bagaimana pula tahanan yang lain, yang tidak mampu itu.

Saya teringat kisah pemandu teksi melayu di Kuala Lumpur yang pernah saya tumpangi teksinya sedikit masa lalu. Pemandu ini mendakwa pernah terbabit dengan perisiwa Mei 69 dulu dengan sokongan seorang ahli politik berpengaruh.

Entah apa silapnya, beliau dan ramai lagi telah ditahan tanpa bicara. 2 tahun meringkuk di Kamunting. Bukan main-main marahnya dengan ahli politik ni. 'Melayu tikam Melayu' katanya.

Dalam dunia pemandu teksi, dia pun berjuang menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan antaranya ialah isu pemberian permit teksi kepada beberapa syarikat besar sahaja dan bukan individu, juga isu saham pemandu dalam syarikat berkenaan, isu caruman Perkeso, kisah beliau ditawarkan wang berjuta ringgit untuk mendiamkan isu-isu berkenaan. Akhirnya beliau meletakkan jawatannya/berhenti dari menjadi exco persatuan.

Akhirnya, beliau mendakwa keputusan PRU-12 Mac lalu adalah juga kerana gerakan pemandu-pemandu teksi ini yang berusaha keras. Jika tidak kerana 'colleague' di Johor tidak ingin masuk campur, sudah tentu Johor juga jatuh.

Puas sudah hati pemandu ini, akibat tidak diambil peduli, 2 tahun dipenjara, hingga menjadi pemandu teksi hingga ke tua.. tapi dia dah kembali....

Saya fikir moral ceritanya.. Akar umbi perlu dilindungi dan dipertahankan dan dijadikan keutamaan terlebih dahulu, agar ia subur dan kukuh, barulah batang, dahan dan daun akan kekal kuat dan sihat. Akar umbi..the unsung heroes.

Wallahua'lam.






Thursday, November 6, 2008

Tahniah Farhan


Ini adalah gambar-gambar hari graduasi anak kedua saya. Tengah demam-demam tu, kami gagahi jugalah menghadiri program graduasi dan persembahan graduan kecil ini. Farhan ni, taklah pegang watak yang penting, tapi bapanya tetap bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan. ..



Semoga Allah Menyembuhkan Hambanya

Saya memang tidak tahu berita ini hinggalah pada malam rabu ini. Puan Sarlona J Gindug telah jatuh sakit. Saya banyak beristighfar mendengar berita ini memandangkan saya juga demam kuat pada waktu yang sama.

Saya dan keluarga saya mendoakan semoga Allah menyembuhkan hambanya ini. Berikanlah kekuatan kepada suami, anak beliau dan keluarganya menjaga beliau sebaik-baiknya. Syafahallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman.
Semoga Allah menyembuhkannya secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya.


Saya menurunkan juga sedikit research saudara Baharin untuk renungan bersama:


Allah Subhannahu wa Ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya senantiasa ber-do’a.

Firman Allah Subhannahu wa Ta’ala, yang artinya:

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdo’alah kepadaKu, niscaya akan Kuper-kenankan.” (QS: Al-Mukmin: 60).

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku .” (QS: Asy- Syu’ara: 80).

Nabi Muhammad s.a.w biasanya meletakkan tangannya pada tubuh orang yang sakit seraya berdo’a, yang artinya:

“YaAllah Tuhan segenap manusia, hilangkanlah sakit dan sembuhkan-lah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali denganpenyembuhanMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (Muttafaq ‘Alaih).

Rasullullah juga mengajarkan kepada sahabatnya yang sakit untuk berdo’a, seraya bersabda, yang artinya:
“Letakkantanganmu pada bagian tubuhmu yang sakit dan ucapkan: ‘Bismillah’ Tigakali, kemudian ucapkan ‘A’udzu bi ‘izzatillahi wa qudratihi min syarrima ajidu wa uhadzir’u (Aku berlindung kepada keagungan dan kekuasaanAllah dari keburukan yang aku dapati dan aku takutkan) sebanyak tujuhkali.” (HR: Muslim).

Sahabat tersebut berkata: “Maka aku lakukan (nasihat beliau) dan Alloh Subhannahu wa Ta’ala pun menghilangkan penyakit yang selama ini aku derita”.

(sumber Rujukan: Al-Hadiqatul Yani’ah minal ‘Ulumin Nafi’ah, Syaikh Ibrahim bin Jarullah Al-Jarullah)

Wallahua'lam.

Catatan Awal November

Awal November ini saya mengalami minggu yang tidak menyenangkan dan serba tidak menjadi.

Pertama: Saya jatuh sakit, demam kuat. Doktor kata kerana tonsel (betul ke ejaan tu?) yang membengkak. Mula hari isnin sehinggalah ke selasanya.

Kedua: Tak cukup dengan itu, dua anak lelaki saya juga jatuh sakit, demam kuat, juga kerana tonsel yang membengkak. Juga start isnin sampailah pagi tadi. Lepas jumpa doktor pada paginya, ingat bolehlah nak berehat sedikit.. entah macam mana, petangnya pula, anak saya kedua tu mula menangis dan tergaru-garu diri tangannya yang nampak dah merah tu. Pergi ke klinik sama lewat petangnya pula, doktor pula tiada dan hanya akan sampai pada pukul 7 malam. Jadi malamlah dihantar ke klinik.. isteri yang bawa.. saya dah terbungkam dah waktu tu.

Ketiga: Allah maha menyayangi, nenek sebelah isteri saya juga telah meninggal dunia pada pagi isnin 3 November. Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh allahyarhamah. Saya tidaklah begitu rapat dengan allahyarhamah, tetapi saya tahu dan maklum sangat bahawa di tangan beliau, anak-anaknya, cucu-cucunya kini semua adalah merupakan orang-orang yang baik dan dihormati.

Keempat: Saya menghadiri upacara graduasi anak kedua saya yang tamat Tadikanya. Seronok melihat anak ini menjadi 'bintang' pada hari itu. Ada ambik videonya dengan handphone nokia saya yang mahal tu. Balik ke rumah dan nak dilihat semula, baru tahu, semua video yang diambil tidak di'save'kan dengan sempurna. Ya Rabbi, apa dah jadi ni...... :.(

Kelima: Ditengah-tengah 'kejadian' ini, paip air di rumah kami pula pecah. Tak ada airlah maknanya tu. Saya tengah demam, isteri saya perlu ke sekolah, anak saya yang sulung kena ke sekolah, 2 lagi anak saya lagi juga demam tak bermaya, yang bungsu pula, tak ada apa.. blur tengok semua terlentang baring di ruang tamu.

Apapun, orang paling setia dan senyum saja sepanjang waktu ini ialah isteri saya. Saya tahu dia tak cukup tidur menjaga kami 3 beranak ni. Kesian. Syukur alhamdulillah, nampaknya keadaan beransur baik ketika ini. Mungkin saya kena memasak untuk isteri bagi ucapan terima kasih ini... atau .. belanja ja makan kat luar. Insya Allah.