Tuesday, October 14, 2008

Wah... Cantiknya

Saya bolehlah dikategorikan sebagai golongan yang suka tengok TV. Bad habit ini nampaknya sukar saya hapuskan apatah lagi, kini stesen TV dah berpuluh dengan adanya ASTRO. Cuma saya agak sukar untuk menonton apa-apa rancangan TV dari Indonesia.

Sudah tentu ada pengecualiannya. Sepanjang bulan puasa lepas, saya berpeluang menonton satu siri Indonesia yang sebenarnya pernah ditayangkan sebelu ini di stesen Aruna Astro. Walaupun menontonnya sekejap-sekejap, saya masih dapat menuruti plot cerita siri ini. Tajuk siri ini ialah ..'Wah... Cantiknya'. Dilakonkan oleh Tamara Bleszynski, Anjasmara, Nani Wijaya, Ponco Buwono (saya tak kenalpun dorang ni.. nama lelaki ke perempuan tu..?).

Apa yang saya paling tertarik ialah perwatakan seorang lelaki dewasa yang 'bodoh', orang arab kata 'safih', yang bernama Cecep yang begitu menjadi dilakonkan oleh aktor lelaki utamanya. Kalau tak pernah nampak aktornya dalam keadaan biasa, mungkin kita akan ingat pelakonnya memang betul-betul 'retarded'.

Plot ceritanya mudah.. seorang wanita kaya bernama Kartika yang mendapat wasiat daripada bapanya yang telah meninggal dunia, bahawa dia akan menerima harta kekayaan bapanya jika dia berkahwin dalam tempoh 30 hari daripada tarikh kematiannya. Kartika yang serik dengan lelaki, berjumpa Cecep, seorang pemuda yang mempunyai fikiran budak 10 tahun, dan berkahwin dengannya supaya mudah dia menceraikannya setelah mendapat harta peninggalan arwah bapanya...

Apa kesudahannya, saya pun tak tahu.. kena tengok lagilah cerita selanjutnya.
Moralnya? Manusia ni memang dianugerahkan Allah dengan kelebihan dan kekurangan, Tetapi yang paling penting ialah mempunyai hati yang baik, ikhlas dan suci. Insya Allah, segala amalan kita akan diterimaNYA dan menjadikan kita manusia yang lebih baik.

OPEN HOUSE NAIB CANSELOR

13 Oktober, Y.Bhg Datuk Naib Canselor telah mengadakan rumah terbuka aidi fitri di rumah rasmi Naib Canselor beralamat No. 11, Permai Village, Batu 3.5, Jalan Tuaran. Rumah terbuka bermula pada sebelah pagi bermula jam 10 pagi sehingga jam 2 petang untuk kakitangan manakala selepas itu pula dibuka untuk mahasiswa UMS.

Saya telah pergi meraikan program rumah terbuka ini pada pukul 1.15 tgh. Hujan renyai-renyai kadangkala lebat menyambut ketibaan saya. Heh... macam buat laporan kaji cuaca pula...

Mungkin saya antara kakitangan yang lewat menziarahi rumah terbuka ini apabila saya dapati tidak ramai lagi kakitangan yang ada. Mujur ada kakitangan pejabat pendaftar yang masih berada di sana, sedang menikmati juadah yang disediakan.. dan yang lebih penting sekali, sedang dilayan bersembang oleh Datuk K. (Yang masih ada tu, Kapt Haznain, Fauziah, Mariana, Rahmah, Marshilla, Winnie, Hadijah, Zainoriah, Arbe, dan beberapa lagi dari Perpustakaan... Anna Michael and the Gang.). Saya tak tahulah apa tajuk-tajuk yang disembangkan mereka bersama Datuk K.. kerana sejurus itu, beliau telah beredar melayan tetamu yang lain.

Kami mengambil kesempatan dengan jumlah tetamu yang sudah berkurangan ini, masuk ke dalam rumah Datuk.. dan tanpa segan silu, melihat dan menjamah biskut-biskut raya yang ada di atas meja di ruang makan. Datin Ann telah datang dan menegur kami dan kelihatannya agak penat,... mungkin kerana melayan tetamu yang datang daripada pagi lagi. Sempat lah kami mengambil gambar di dalam rumah Datuk.. dan Datin Ann pun sporting juga bergambar dengan kumpulan kami ni.
Kepada Datuk K, Datin Ann dan Famili, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Jam 2 petang.. kami dah beredar balik ke pejabat.. KERJA lah.. apa lagi.












Hari Terbuka Sempena Aidil Fitri







Alhamdulillah, hasrat mengadakan rumah terbuka di Meruntum dapat dilaksanakan pada 11 Oktober 2008 (sabtu) yang lalu.

Selepas solat zohor, jamaah masjid telah sudi datang ke rumah bagi meraikan rumah terbuka ini. Dimulakan dengan bacaan tahli, doa arwah dan doa selamat, majlis rumah terbuka ini berlanjutan sehingga lewat jam 11 malam.

Syukur, kehadiran tetamu menggalakkan, walaupun tidaklah semua yang dijemput hadir. Ramai juga keluarga sebelah ayahanda yang hadir, dan saudara-saudara sebelah menantu adik-adik saya. Saya pula memang tak menjemput sesiapa.

Saya 'salute' kepada bonda saya yang memang telah bekerja keras menyediakan masakan untuk dijamu kepada para tetamu. Menu istimewa sup tulang, lontong dan nasi ayam dan mee goreng dimasak segera apabila semua menu berkenaan habis kira-kira jam 8.45 malam. Anak-anak dan menantunya cuma tolong sikit-sikit saja.

Cerita selanjutnya bolehlah tengok kat ruang adik ipar saya di http://abunuha.wordpress.com.





Thursday, October 9, 2008

Lagi-lagi raya

Sebelah malam untuk tempoh 2 hari ni, kami sekeluarga masih lagi bersemangat untuk berjalan raya. Rumah sepupu Jainal & Dg, kami singgah pada 7 hb di Taman Sabindo pada sebelah malamnya. Keluarga ni memang selalu buat rumah terbuka. Tiap-tiap tahun, tak pernah miss. Memang ramai yang datang mula dari jam 12.00 tgh tu sampailah ke malam.

Semoga Jainal dan Dg selalu dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Pemberi. Amin.

8hb, Sekali lagi kami jalan lagi menziarah rumah saudara Razak&Rosaini di Petagas. Lama juga ta ke rumah mereka ni. Rasanya yang terakhir ialah raya tahun 2006. Yang pastinya, anak-anak saya yang paling gembira, kerana dapat duit raya daripada keluarga ni.

Saya pula dapatlah lawak ni daripada Razak..

Mengenai Suami Isteri...
Sebelum kahwin, lelaki bercakap perempuan mendengar
Selepas kahwin, isteri bercakap suami mendengar
Bila dah lama kahwin, dua-dua bercakap, jiran mendengar...
(mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan yang macam ni)


Teka-teki...
Apa dia.. mula-mula Mengancam, lepas tu Diam-diam, kemudian Diancam, dah Lama terancam, Lama-lama tak cam?
he he...
jawapannya: perempuan.. ya lah.. masa muda dan sebelum kahwin memang mengancam, lepas kahwin, susah nak dengar berita dah.. ya lah kan kena ikut suami... kemudian, agak-agak umur dah sampai 40 something, mulalah diancam suami.. yang gatal nak tambah lagi... kalau tahap ni terlepas pun, bila dan 50an tu, terancam pula dengan macam-macam penyakit yang nak singgah kat kita, kalau ini pun terlepas, bila dan lebih 60-70 tu.. mulalah kita tak cam dia.. siapa pula ni? hehehehe.. jangan marah aa....

Apapun, kepada Razak& Rosaini, selamat berjuang. Memanglah rakan-rakan/anak-anak buah dulu ada yang sepi tanpa berita, tapi yang penting, kita yakin dengan apapun perjuangan kita, dan kita lakukanlah ia dengan perasaan penuh ikhlas dan sabar.



Sunday, October 5, 2008

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun

Tarikhnya 4 Oktober, tarikh ulang tahun isteri saya. Saya memang selalu lupa dengan tarikh ini. 4 Oktober yang lalu pun sama, masih gagal mengucapkannya sehinggalah diberikan hint-hint oleh si isteri. Heh...
Selamat menyambut hari lahir. 10 tahun bersama, banyak badai dan ombak yang ditempuhi bersama. Terima kasih kerana selalu menyokong suami ini, yang memang banyak kerenah ini. Semoga umur yang semakin bertambah ini menjadikan kita semakin dekat kepadanya, lebih taqwa dan iltizam kepada suruhanNya.
Luv u.
Maaf lah, kerana tak prepare special arrangement sempena tarikh ini, tak ada hadiah. Hanya doa kepada Ilahi sahaja, semoga hidup dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T

Diari Cuti Aidil Fitri 2008


Cuti Aidil Fitri ni saya balik ke kampung mentua saya. Balik 29hb September, buka puasa di sana dan solat tarawikh. Yang balik sama ketika itu hanyalah adik ipar saya Rosli & keluarga. Seperti yang dijangkakan, 30hb memang tidak raya lagi. So solat tarawikh 20 rakaat yang terakhir di surau Kg Saga-saga. Solat exprsess, jam 8.20 dah selesai tarawikh dan witir.

30 September,
Keadaan memang agak mencabar, maklumlah puasa ramadan terakhir. Hari memang panas terik dan panasnya hinggalah ke maghrib. Melawat dan membersihkan kubur nenek di Pasir Lebar. Selesai dalam jam 12.00 tgh. Boleh tahan jugalah puasa hari terakhir ni.
Hari ni juga hari sedih buat kelaurga jiran rumah lama di Batu 3, Cikgu Majin, telah meninggal dunia pada pukul 5 lebih di hospital Beufort. Jenazah belau sempurna dikebumikan pada malam tu juga. Sedalam-dalam Takziah saya ucapkan kepada keluarga arwah yang menyambut syawal dengan penuh sayu kehilangan ayahanda yangamat disayangi. Semoga Allah mengampuni dan mencucuri roh allahyarham. Amin.

1 Oktober,
Solat sunat aidilfitri di Surau Kg Saga-saga. Solat pada pukul 7.20 pagi. Memang meriah pagi raya ni. Selesai solat, berkumpul di rumah mertua dan berbalas salam dan maaf. Jam 10.00 pagi bertolak ke rumah ayahanda di meruntum untuk meraikan hari pertama di sana.
Sebelah petangnya kami balik dari Kota Kinabalu menuju semula Ke Membakut.Dah maghrib dah waktu tu. Jadi berkesempatanlah menengok panorama malam sepanjang jalan yang dipenuhi lampu 'kalalait' dan cucul. Paling mengejutkan ialah pertunjukan bunga api sekali sekala sepanjang perjalanan. Pelik juga raya kali ni kerana bunga api yang polos bukan yang kecik-kecik tapi jenis yang besar macam bunga api 31 Ogos. Memang kena siasat sebenarnya siapa dalangnya. Saya fikir memang orang yang ada kuasa dalam kerajaan/kerajaan tempatan juga. Memanglah meriah, tapi nampak sangatlah lanun darat ni bermaharaja lela mengutip duit tanpa cukai di bulan ramadan ni.
Melayu, Orang Islam, di Malaysia, macam tulah. Kita marahkan kerajaan kerana naikkan harga minyak, dan barangan yang semakin mahal harganya, tapi, masih tetap boleh beli bunga api, mercun yang harganya lagi mahal dari minyak. Hmmm... orang cina mesti garu kepala tengok orang melayu begitu gah menyambut hahri raya.
Dalam perjalanan sempatlah mengunjungi 2 rumah wajib kunjung pada syawal ni, Bungsu Sirat dan Pak Kurus. He he, jadilah tu kut.





2 Oktober,
Hari raya kedua dimulakan dengan kunjungan ziarah ke Taman Firdausi arwah ayahanda mertua. Yasin dan doa dibacakan. Mudah-mudahan Allah mencucuri roh allahyarham dan semua roh-roh yang berada di sana. Setelah itu, mengunjungi rumah bonda arwah mertua, rumah Abang sapli, rumah mertua Roslan sebelum lawatan ziarah terpaksa ditunda kerana hujan lebat. Syukur kerana hujan turun setelah lebih 7 hari tidak turun hujan.




3 Oktober,
Hari ketiga hanya 3 rumah sahaja sempat dikunjungi, rumah arwah mama si Lia, Babu Ameng dan Abang Wasli. Hari Jumaat. Kemeriahan tu masih terasa walaupun demam raya dah beransur kurang.

4 Oktober,
Hari Keempat, saya dan keluarga balik ke Kota Kinabalu semula. Singgah ke rumah abang ipar saya yang mengadakan rumah terbukanya, lepas tu beraya ke rumah Babu Dayang, sebelum terus ke rumah ayahanda bonda di Meruntum untuk tidur semalam. Sempat lagi malam tu berjalan raya ke rumah cikgu syuhada di SMK Tansau. Tak lah banyak berjalan raya tahun ni, urus kerenah anak menyebabkan hasrat berjalan raya sakan tu terpaksa ditahan-tahan.
5 Oktober,
Bergerak balik ke rumah. Sempat juga singgah ke rumah nenek dusun sebelah isteri. Memang sedih tengok keadaa nenek ni, rumah kecil, dan agak 'independen' walaupun umur mencecah 80 tahun. Apapun, setelah itu, terus ke rumah yang ditinggalkan seminggu.
Esok... kerja... whoaaaaaaaa....